00:00Kerajaan akan memperluaskan pendedahan teknologi kecerdasan buatan AI kepada pelajar termasuk di institusi pengajian Islam
00:07bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi digital.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu akan dilaksanakan melalui penyediaan kemudahan digital
00:19oleh Malaysia Digital Economic Corporation dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.
00:27Menurut beliau program perintis tersebut akan dilaksanakan di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Pinang
00:35dengan sasaran kira-kira 3,000 pelajar.
00:39Kita dah umumkan semua pelajar harus lebih terkejah dengan kemudahan kecerdasan buatan AI.
00:49Ini termasuk di institusi pengajian di negara kita dan juga di institusi pengajian Islam.
01:01Jadi sebagai langkah awal, MDEC dan JAKIM akan memberikan kemudahan digital di institusi perintis enam negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan,
01:14Pahang, Perak dan Pulau Pinang yang menyasarkan 3,000 pelajar supaya tergedah dengan artificial intelligence, pemikiran kritis dan inovasi digital.
01:28Dalam pada itu beliau menegaskan pendidikan bukan sekadar melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan teknologi
01:35tetapi juga individu yang mempunyai nilai adab serta ahlak tinggi.
01:39Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Anak Pahang Madani 2026
01:45di dataran pusat transformasi bandar UTC Kuantan pada Jumaat.
Comments