Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Situasi cuaca lembap itu bukan sahaja dapat meredakan suhu panas yang melanda malah amat penting dalam membantu meningkatkan semula paras air empangan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia kini memasuki fasa peralihan monsoon bermula 29 Mac hingga Mei ini yang dijangka membawa hujan lebat berserta angin kencang
00:09dalam tempoh singkat sekaligus membantu meredakan fenomena cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini.
00:15Menteri Sumber Asli dan Kelas Tarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata fenomena cuaca panas ketika ini adalah rutin
00:22tahunan yang lazimnya bermula pada penghujung monsoon timur laut hingga bulan Jun akibat kurangnya litupan awam terutamanya di utara semenanjung
00:31Malaysia.
00:33Katanya situasi cuaca lembab itu bukan sahaja dapat meredakan suhu panas malah amat penting dalam membantu meningkatkan semula paras air
00:42empangan di beberapa kawasan terjejas.
00:45Berdasarkan pemantauan terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia terdapat pengurangan ketara bagi kawasan yang merekodkan suhu melebihi 35 darjah Celsius.
00:56Bagi memastikan simpanan air di empangan kekal stabil, Arthur berkata agensi pengurusan bencana negara dengan kerjasama teknikal MED Malaysia dan
01:06tentera udara di Raja Malaysia akan menjalankan operasi pembenihan awan.
01:11Operasi ini dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 9 April yang memfokus kepada negeri di utara semenanjung dan Johor.
Comments

Recommended