Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kerajaan Bangladesh memutuskan untuk mengurangkan waktu pejabat dan melaksanakan beberapa langkah penjimatan bagi menangani krisis tenaga global yang sedang berlaku, yang dicetuskan oleh ketidakstabilan di Asia Barat.
Transcript
00:00Kerajaan Bangladesh memutuskan untuk mengurangkan waktu pejabat dan melaksanakan beberapa langkah penjimatan bagi menangani krisis tenaga global yang sedang berlaku
00:09yang dicetuskan oleh ketidakstabilan di Asia Barat.
00:12Menurut United News of Bangladesh, UNB, keputusan itu diambil pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Tarik Rahman pada Kamis malam.
00:21Setiusaha Kabinet, Nassimul Gadi mengumumkan keputusan itu pada taklimat selepas mesyuarat.
00:30Di bawah susunan baru, semua pejabat kerajaan dan swasta akan beroperasi dari 9 pagi hingga 4 petang mulai ahad berbanding
00:37jadual sedia ada.
00:39Waktu operasi bank pula ditetapkan dari 9 pagi hingga 3 petang, manakala bank akan ditutup sepenuhnya pada 4 petang.
00:46Nassimul berkata perbincangan tertumpu kepada langkah menangani ketidaktentuan harga bahan api dan tenaga akibat gangguan rantaian bekalan global susunan perang
00:55di Asia Barat.
00:56Sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan tenaga, semua kedai, pasar dan pusat membeli belah diwajibkan ditutup pada 6 petang, kecuali hotel,
01:07farmasi, kedai perkhidmatan penting dan pasar.
01:10Beliau juga berkata arahan khusus berkaitan institusi pendidikan akan dikeluarkan mulai ahad mengambil kira pelbagai faktor.
01:18Nassimul berkata kerajaan akan melaksanakan langkah penjimatan selama 3 bulan bagi mengurangkan perbelanjaan awam.
01:24Selain itu, tiada pembelian kenderaan baru, kapal, pesawat atau peralatan komputer akan dilakukan dalam tempoh ini.
01:33Nassimul berkata program latihan dalaman akan dikurangkan sebanyak 50% manakala semua latihan luar negara yang dibiayai kerajaan akan digantung
01:41sehingga notis baru dikeluarkan.
01:44Perbelanjaan bagi mesyuarat dan seminar juga akan dikurangkan sebanyak 50%.
01:49Kerajaan akan mengurangkan penggunaan bahan api, elektrik dan gas sebanyak 30% manakala perbelanjaan perjalanan yang tidak perlu juga dikurangkan
01:58sebanyak 30%.
01:59Terima kasih telah menonton!
02:00Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended