Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Walaupun minyak mentah Malaysia berkualiti tinggi, tidak semua gred boleh diproses di loji tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dan gas berdepan realiti lebih kompleks apabila masih perlu mengimport minyak mentah bagi memenuhi keperluan
00:09domestik.
00:10Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroleum Nasional Berhad, Tan Sri Tengku Mohamad Taufik Tengku Aziz berkata,
00:16walaupun minyak mentah yang dihasilkan Malaysia berkualiti tinggi, tidak semua jenis minyak sesuai diproses di loji penapisan tempatan yang dibina
00:25mengikut konfigurasi tertentu.
00:28Kita memang mengeluarkan minyak dan sebenarnya betul anggapan bahawa minyak mentah yang keluar daripada Malaysia ini berkualiti tinggi.
00:38Tetapi tidak semua minyak mentah sama dan kilang dan loji penapisan yang telah direka dan dibina untuk memproses grade dan
00:49jenis minyak ini berbeza.
00:50Ini adalah mengikut konfigurasi yang tertentu untuk memenuhi keperluan dan permintaan tempatan.
00:59Tak semestinya minyak yang keluar daripada Malaysia dapat memenuhi konfigurasi kilang penapisan tempatan.
01:08Jadi, import masih perlu.
01:12Dan dalam pada itu, kita harus terima bahawa pengeluaran yang daripada reka bentuk loji penapisan ini menghasilkan keseimbangan bahan api
01:24yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.
01:26Seperti petrol, diesel, bahan api untuk pesawat dan kapal terbang yang digunakan oleh setiap rakyat Malaysia dan industri setiap hari.
01:34Menurutnya, pengeluaran minyak mentah negara kini hanya sekitar 350,000 tong sehari berbanding kemuncak 700,000 tong sehari pada era
01:421990-an hingga awal 2000.
01:45Logi penapisan tempatan pula masih memerlukan 700,000 tong sehari untuk menampung keperluan rakyat dan industri.
01:52Selain itu, tambah beliau, Malaysia kini lebih banyak menghasilkan gas asli berbanding minyak mentah,
01:57menjadikan pengeluaran minyak tempatan tidak cukup untuk memenuhi keperluan loji penapisan dalam negara.
02:04menghasilkan gas asli.
02:05Terima kasih.
Comments

Recommended