00:00Microsoft Corporation mengumumkan pelaburan besar bernilai 1.6 triliun yen bersamaan kira-kira 10 bilion dolar Amerika di Jepun dalam
00:08tempoh 4 tahun sehingga 2029.
00:11Pelaburan ini bertujuan memperkukuh infrastruktur berkaitan kecerdasan buatan atau AI serta pengkomputeran awan di negara itu.
00:22Menurut laporan Kyodo News, perkara itu diumumkan oleh Naib, Pengurusi dan Presiden Microsoft, Brad Smith dalam pertemuan bersama Perdana Menteri
00:31Jepun, Senai Tekaichi di Tokyo.
00:34Dalam pertemuan tersebut, Microsoft turut memaklumkan akan bekerjasama dengan Softbank Group dan Sakura Internet Incorporated bagi menjayakan pelan berkenaan.
00:43Brad Smith berkata pelaburan ini merupakan keputusan terbesar Microsoft di Jepun setakat ini selain menyatakan komitmen syarikat untuk menyokong pertumbuhan
00:52ekonomi masa depan negara itu.
00:55Pelaburan tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan teknologi malah merangkumi usaha melatih tenaga kerja serta memperkukuh aspek keselamatan saiber.
01:03Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Senai Tekaichi menyambut baik pelaburan berkenaan dan menyifatkannya sebagai sangat bermakna khususnya dalam memperkukuh kedaulatan
01:13data negara.
01:15Softbank dikenali sebagai syarikat pelaburan dan teknologi utama Jepun, manakala Sakura Internet yang berpangkalan di Osaka merupakan antara perintis dalam
01:24industri perkhidmatan internet negara itu.
01:26Untuk rekod pada tahun 2024, Microsoft sebelum ini telah mengumumkan pelaburan sebanyak 2.9 bilion dolar Amerika bagi menaik taraf
01:35pusat data serta memperkukuh perkhidmatan pengkomputeran awan di Jepun.
01:39Terima kasih kerana menonton!
Comments