00:00Perbadanan pembangunan perdagangan luar Malaysia, Madrid terus mempergiat usaha dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan sekaligus meletakkan negara itu
00:09sebagai pintu masuk strategik ke pasaran serantau yang lebih luas.
00:12Menurut timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Madrid, S. Jai Shankar, hubungan peringkat tinggi antara kedua-dua negara telah membina asas kukuh
00:20ke arah kerjasama ekonomi yang lebih mendalam.
00:25Jumlah dagangan dua hala mencatat peningkatan 26.4% pada tahun 2025 kepada kira-kira 100 juta dolar Amerika berbanding
00:3580 juta dolar pada tahun sebelumnya.
00:38Ekspor Malaysia ke Uzbekistan turut meningkat 27% mencerminkan permintaan dan potensi pasaran yang semakin berkembang.
00:46Sehubungan itu, syarikat tempatan digalakkan meneroka peluang bukan sahaja di Uzbekistan tetapi juga sebagai batu loncatan ke negara jiran di
00:55rantauan berkenaan.
00:56Ketika ini, sebanyak 47 syarikat Malaysia beroperasi di Uzbekistan meningkat daripada sekitar 30 syarikat dua tahun lalu.
01:05Selain perdagangan, kerjasama dalam sektor pelancongan turut diberi tumpuan khususnya melalui pakej Umrah Plus yang melibatkan pemain industri seperti Tabung
01:15Haji dan AirAsiaX.
01:17Kerjasama erat ini dijangka membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas perdagangan global.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments