00:00Malaysia Airlines berhad memperluas rangkaiannya menerusi pelancaran laluan baru ke Shenzhen dan Changsha, China bermula Julai 2026.
00:09Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group MAG, Kapten Nasaruddin E. Baka berkata,
00:16peluasan rangkaian itu akan mengukuhkan kehadiran syarikat penerbangan berkenaan di pasaran utama dalam beberapa bulan akan datang.
00:27Kapten Nasaruddin turut berkata, syarikat penerbangan itu akan menyambung semula penerbangan ke Fukuoka, Jepun,
00:34bermula Julai tahun ini sekaligus menjadikannya destinasi ketiga di Jepun selepas Tokyo dan Osaka.
00:42Beliau berkata, penyambungan semula laluan ke Fukuoka turut disokong oleh peluang perniagaan dan industri yang kukuh,
00:49khususnya industri semikodoktor yang telah lama bertapak di Pulau Kyushu.
00:55Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial MAG, Dersenish Arisendrian berkata,
01:01Malaysia Airlines turut meningkatkan kekerapan penerbangan bagi beberapa laluan utama,
01:06sekaligus mengukuhkan lagi kehadirannya di ASEAN, Asia Selatan, Australia dan New Zealand,
01:13di samping menambah baik kesaling hubungan bagi menyokong permintaan perjalanan yang semakin meningkat.
01:20Peningkatan kekerapan penerbangan itu turut melibatkan laluan seperti Brisbane, Manila dan Colombo,
01:27sekaligus memberikan lebih fleksibiliti kepada penumpang yang melakukan perjalanan
01:33untuk tujuan percutian mahupun urusan perniagaan.
Comments