Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Farm Fresh Bhd dijangka berdepan tekanan kos susulan konflik geopolitik global, namun impaknya masih dalam keadaan terkawal dengan langkah mitigasi yang dilaksanakan pengeluar produk tenusu itu.
Transcript
00:00Syarikat pengeluar produk tenusu tempatan Farm Fresh berhad di jangka berdepan tekanan kos susulan konflik geopolitik global.
00:08Namun impaknya masih terkawal hasil langkah mitigasi diambil syarikat.
00:12Menurut penganalisis CIMB Securities Walter Au, konflik antara Amerika Syarikat dan Iran memberi kesan langsung kepada sekitar 8 hingga 10
00:21% kos operasi semasa syarikat itu.
00:26Beliau berkata tekanan tersebut berpunca daripada kenaikan kos pembungkusan, logistik berkaitan diesel serta utiliti.
00:35Selain itu, gangguan rantaian bekalan resin plastik berketumpatan tinggi atau HDPE sejak dua minggu lalu turut menjejaskan pengeluaran botol plastik
00:44bersaiz 1 dan 2 liter.
00:47Segmen pembungkusan ini menyumbang sekitar 12 hingga 13% daripada jumlah jualan kumpulan.
00:52Bagi mengurangkan impak tersebut, Farmfresh meningkatkan penggunaan pembungkusan alternatif jenis Gabble Top berasaskan kertas yang kini mewakili kira-kira 8
01:02hingga 9% jualan.
01:06Langkah ini membantu menampung potensi kehilangan jualan memandangkan syarikat masih mempunyai kapasiti lebihan bagi format berkenaan.
01:14Namun, laporan turut memberi amaran gangguan berpanjangan boleh menjejaskan keseluruhan sektor barangan pengguna bergerak pantas atau FMCG khususnya dari segi
01:24ketersediaan pembungkusan.
01:26Selain itu, risiko kesan sekunda juga wujud termasuk kenaikan harga bahan tenusu, baja dan makanan ternakan.
01:34Walaupun berdepan cabaran tersebut, permintaan terhadap produk tenusu asas dijangka kekal stabil sehingga suku keempat tahun kewangan 2026 memandangkan ia
01:43merupakan barangan keperluan harian.
01:46Sehubungan itu, CIMB Securities mengekalkan saranan beli terhadap saham Farmfresh namun menurunkan harga sasaran kepada RM2.65 daripada RM3 sebelum
01:56ini, susulan semakan turun unjuran pendapatan.
01:59Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended