Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
MBSB Research menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2026 kepada 4.2 peratus berbanding jangkaan awal 4.6 peratus berikutan tekanan inflasi yang dijangka menjejaskan perbelanjaan domestik, walaupun ekonomi kekal berkembang pada kadar lebih sederhana.
Transcript
00:00MBSB Research menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK Malaysia bagi tahun 2026 kepada 4.2% berbanding jangkaan
00:10awal 4.6%.
00:11Pakar Ekonomi MBSB Research Abdul Moiz Murhalim berkata keputusan tersebut diambil kesan daripada tekanan inflasi yang lebih tinggi terhadap perbelanjaan
00:21domestik.
00:25Katanya semakan itu bukan mencerminkan kemenusutan ekonomi, sebaliknya pertumbuhan yang dijangka berlaku pada kadar yang lebih perlahan, khususnya melibatkan perbelanjaan
00:34swasta mungkin akan berkembang sekitar 4.8% berbanding jangkaan awal iaitu sekitar 5.6%.
00:41Pada masa sama MBSB Research menaikkan unjuran inflasi negara bagi tahun ini kepada 2.2% daripada 1.8%
00:50sebelum ini walaupun kerajaan mengekalkan harga petrol bersubsidi Budi 95 pada RM1.99 seliter.
00:58Menurut Abdul Moiz, peningkatan kos pengeluaran kekal menjadi faktor utama yang berpotensi menyebabkan kesan limpahan harga dalam ekonomi khususnya barangan
01:08dan perimatan.
01:10Namun, bila kita lihat dari segi situasi ekonomi global, kami masih tidak mengambil kira kemungkinan berlakunya kemestiatan kerana kita percaya
01:19masih ada usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menstabilkan bekalan tenaga selain dari segi terdapat juga kekuatan dari segi fundamental
01:27untuk melihat kepada ekonomi domestik dalam Malaysia sendiri.
01:31Mengulas mengenai perkembangan global, Abdul Moiz berkata tekanan inflasi yang berterusan telah mengubah jangkaan pasaran.
01:37Dengan pasaran kini menjangkakan Bank Pusat mungkin kembali mempertimbangkan kenaikan kadar faedah.
01:43Bagaimanapun, beliau berpandangan Bank Negara Malaysia BNM, dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman OPR,
01:50memandangkan sebarang kenaikan berisiko memberi tekanan kepada rakyat dan peniaga, terutama dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat.
01:57Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Jumaat.
02:01Adakah sesuai pun mungkin?
Comments

Recommended