00:00Kementerian Luar Korea Selatan pada Khamis menggesa rangkaian penghantaran maritim global dapat dikembalikan seperti biasa secepat mungkin.
00:09Gesaan tersebut selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump seolah-olah memberi isyarat tidak lagi akan melibatkan diri dalam isu Selat
00:17Hormuz.
00:19Ujar Juru Cakap Kementerian Park Il, keselamatan laluan laut antarabangsa dan kebebasan pelayaran melibatkan kepentingan semua negara dan dilindungi di
00:29bawah Undang-Undang Antarabangsa.
00:31Tambah Park, Korea Selatan sedang mengkaji semula berdekatan terhadap isu itu dengan teliti termasuk meneroka pelbagai langkah untuk melindungi rakyatnya
00:39dan laluan penghantaran tenaga yang selamat.
00:42Seoul mengambil sikap berwaspada terhadap Selat Hormuz dan kemungkinan peranannya dalam perang.
00:48Walaupun Trump menggesa penglibatan lebih besar untuk menyokong usaha Amerika Syarikat menentang Iran,
00:53Trump telah menyatakan kekecewaan terhadap sekutu Eropah dan Asia kerana keengganan mereka membantu petakbirannya menggempur dalam perang.
01:02Pada Rabu, Trump menunding Korea Selatan sebagai negara yang tidak membantu Amerika Syarikat dalam usaha perang
01:08walaupun terdapat tentera Amerika di Korea untuk melindungi sekutu itu daripada kuasa nuklir, merujuk kepada Korea Utara.
Comments