00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia menjangkakan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan juga Pahang hari ini akan terus berdepan cuaca
00:09panas tahap 1 iaitu FASA berjaga-jaga.
00:12Menurut MED Malaysia, dalam satu kemas kini memaklumkan, sebanyak 4 daerah di Kedah, 3 di Kelantan dan 1 di Pahang
00:20akan dilanda cuaca panas tersebut dan meminta agar penduduk di kawasan tersebut sentiasa berwaspada.
00:26Di Kedah, daerah yang terlibat adalah di Sik, Padang Terap, Baling dan juga Kota Setak. Selain itu, di Kelantan, daerah
00:34yang dijangka akan terus dilanda cuaca panas tahap 1 adalah di Tanah Merah, Pasir Mas dan Macang.
00:41Manakala, hanya satu daerah yang dijangka akan dilanda cuaca tersebut iaitu di Maran.
00:46Sementara itu, dalam kemas kini terbaru, MED Malaysia di laman rasminya turut memaklumkan beberapa negeri di Semenanjung termasuk daerah di
00:54Sabah dan Sarawak akan dilanda ribut petir pada sebelah petang.
00:58Di Semenanjung, MED Malaysia memaklumkan ribut petir akan melanda di kawasan wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan juga Selangor.
01:06Selain itu, di Sabah, daerah yang dijangka dilanda ribut petir adalah di Pedalaman dan Pantai Barat serta beberapa daerah turut
01:14dijangka akan dilanda hujan iaitu di Tawau, Sandakan dan Kudat.
01:19Manakala, di Sarawak, ribut petir dijangka akan melanda kawasan di Kapit, Miri dan juga Limbang.
01:25Sehubungan itu, orang ramai digesah supaya mengambil langkah waspada susulan cuaca tidak menentu di seluruh negara.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments