Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kerajaan memperkukuh kerjasama strategik dengan Huawei bagi mempercepat agenda pendigitalan negara serta memastikan manfaat teknologi dapat dinikmati secara inklusif oleh seluruh rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan syarikat teknologi global bagi memacu agenda pendigitalan negara.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu penting bagi memastikan manfaat teknologi dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.
00:18Menersi hantaran di laman Facebook, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama barisan kepimpinan Huawei
00:25yang diketuai Presiden Rantau Asia-Pasifik Terry He dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun.
00:33Pertemuan tersebut memberi ruang untuk bertukal pandangan mengenai hala tujuh masa depan digital negara
00:38serta mengukuhkan hubungan kerjasama sedia ada.
00:42Menurut beliau, kerajaan komited memacu agenda ekonomi madani melalui pendekatan kerjasama awam swasta dan pembangunan bakat dalam bidang digital.
00:52Dalam pada itu, katanya usaha itu penting bagi memastikan kemajuan teknologi diterjemahkan kepada manfaat yang inklusif
01:00agar tiada rakyat Malaysia terpinggil dalam era digital.
01:04Dalam masa sama, Anwar menegaskan pemeriksaan industri tempatan turut menjadi keutamaan bagi memastikan ekosistem digital negara
01:12terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.
01:15Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mempercepat transformasi digital negara
01:21serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hub teknologi di rantau ini.
Comments

Recommended