00:00Cadangan memperkenalkan pampasan otomatik kepada keluarga mangsa dalam kes jenayah serius seperti bunuh
00:06dilihat mampu mempercepatkan keadilan khususnya dalam situasi melibatkan kematian akibat pemandu mabuk.
00:13Peguam bela dan peguam cara Dr. Yusfar Rizal Yusof berkata ketika ini ramai pihak gusar kerana tuntutan sivil mengambil masa
00:21panjang
00:21sedangkan keluarga mangsa memerlukan bantuan kewangan dengan segera.
00:25Kadang-kadang orang-orang gusar dan khuatir tentang tuntutan sivil ini mungkin memakan masa.
00:31Sedangkan keluarga dan mangsa keluarga yang ditinggalkan itu memerlukan dengan kadar yang cepat mungkin untuk menyara anak dan sebagainya.
00:41Jadi ada cadangan di luar sana. Saya kira cadangan yang bagus dan progresif untuk kita menaik taraf undang-undang kita
00:47dengan memberikan automatic compensation.
00:49Maksudnya, pampasan itu diberikan tidak perlu lalu tuntutan sivil yang panjang lebar ini.
00:56Maksudnya, kalau berlaku sabitnya kesalahan jenayah, sabitnya kesalahan bunuh ataupun di bawah APJ,
01:02maka mahkamah boleh sekiranya undang-undang dipinda memberikan pampasan terus.
01:06Maksudnya, pesalah perlu membayar kepada keluarga tanpa perlu melalui proses sivil.
01:12Itu cadangan yang saya kira cadangan yang baik dan mungkin boleh kita bincangkan dalam kita menambah baik undang-undang.
01:19Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Khamis.
01:23Dalam hari itu, beliau menegaskan bahawa usaha menangani isu pemandu mabuk tidak boleh bergantung kepada undang-undang semata-mata.
01:30Sebaliknya, perlu digerakkan secara menyeluruh melibatkan tiga komponen utama iaitu perundangan, penguatkuasaan dan budaya masyarakat.
01:38Tetapi saya nampak mungkin itu yang perlu ditambah baik. Mungkin kegentaran itu tidak ada lagi dalam masyarakat kerana penguatkuasaan.
01:45Dan penguatkuasaan ini bersifat pencegahan juga. Contohnya, kalau pihak berkuasa kita boleh menambah baik dari segi sekatan jalan
01:55yang menggunakan alat breathalyzer dengan lebih kerap dan sebagainya.
01:59Sehingga orang boleh menyatakan bahawa kalau buat ini, peratusan untuk kena tangkap itu sangat tinggi kalau kita buat.
02:10Tambah beliau, penguatkuasaan sedia ada masih boleh dipertingkatkan termasuk meningkatkan kekerapan operasi
02:16dan penggunaan teknologi bagi memastikan pesalah dapat dikesan dengan lebih berkesan.
02:21Selain itu, Dr. Yus Fariza Yusof turut menekankan kepentingan pembinaan budaya masyarakat
02:27yang menolak amalan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Comments