Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pemimpin tertinggi Iran mengecam Amerika Syarikat dan Israel sebagai “musuh yang kejam” dalam ucapan sempena Hari Republik Islam. Mojtaba Khamenei turut mengutuk serangan ke atas Sekolah Shajareh Tayyebeh yang didakwa meragut nyawa ratusan orang awam. Kenyataan dibuat ketika konflik Iran–AS–Israel memasuki minggu kelima.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemimpin tertinggi Iran, Mojtabah Khomeini, mengecam apa yang disifatkannya sebagai kezaliman Amerika Syarikat dan Israel sempena sambutan Hari Republik Islam
00:08ketika konflik memasuki minggu ke-5.
00:11Dalam surat berkenaan, Mojtabah menuduh Amerika dan Israel tidak menghormati nilai kemanusiaan, moral dan nyawa manusia.
00:20Menurutnya, Amerika dan Zionis tidak mempunyai sebarang penghormatan terhadap batas kemanusiaan, moral atau elemen kehidupan.
00:28Mojtabah turut mengecam serangan terhadap sekolah Syajareh Tayyibih di Teheran yang telah mengorbankan lebih 175 orang termasuk kanak-kanak dan
00:37guru pada hari pertama serangan udara gabungan Amerika Syarikat dan Israel ke atas negara itu.
00:43Serangan tersebut menjadi antara insiden paling berdarah sejak konflik tercetus pada 28 Februari lalu sekaligus mencetus kecaman antarabangsa berhubung kesan
00:51terhadap orang awam dan kemudahan awam.
00:53Dalam surat yang sama, beliau turut menyentuh Hari Alam Semula Jadi yang disambut serentak di Iran pada Selasa dengan menyuruh
01:00rakyat agar terus menanam harapan biarpun berdepan peperangan.
01:04Hari Republik Islam merupakan cuti umum kebangsaan di Iran memperingati penubuhan Iran sebagai sebuah Republik Islam sesulah referendum kebangsaan pada
01:12Mac 1979 tidak lama selepas revolusi Iran.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended