00:00Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan membongkar sebuah makmal memproses bahan terlarang itu
00:06selepas menahan tiga individu dalam siri serbuan di sekitar daerah Timur Laut pada Isnin Lepas dan Selasa.
00:13Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Azizi Ismail berkata, dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Negeri
00:20dari 4 petang Isnin hingga 9 pagi itu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM3.43 juta.
00:31Beliau berkata operasi tersebut dilaksanakan hasil maklumat risikan yang membawa kepada penemuan sebuah rumah
00:37yang dijadikan makmal memproses dadah jenis metilin dioksi metafetamin atau MDMA.
00:41Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki di kawasan parkir di Lebuh, Macallum sebelum suspek membawa polis ke sebuah kediaman
00:49yang dijadikan makmal memproses dadah sindiket tersebut.
00:52Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis merampas dadah MDMA sebanyak 22 kg, ketamin 133 gram,
00:59ganja 38 gram, 294 biji pil ekstasi dan 40 biji pil ermine 5 serta pelbagai peralatan untuk proses dadah.
01:08Azizi berkata serbuan susulan membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki tempatan
01:12dan seorang wanita warga asing dipercayai pasangan kekasih di lokasi berasinga
01:17dan kedua-duanya disyaki terlibat sebagai rakan sejenayah dalam sindiket tersebut.
01:21Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu aktif menjalankan kegiatan sejak Oktober tahun lepas
01:27dengan pengedaran dadah tertumpu kepada pasaran tempatan.
01:30Ujian salingan air kencing mendapati dua daripada suspek positif metafetamin dan amfetamin
01:35selain mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.
01:38Polis turut menyita pelbagai aset termasuk tiga kenderaan, barang kemas dan ruang tunai
01:43yang kesemuanya bernilai RM34,940.80 dengan keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan harta
01:50dianggarkan berjumlah RM3.46 juta.
01:54Azizi berkata suspek pertama bekerja sebagai buruh, suspek wanita pula merupakan tukang urut
01:59manakala suspek ketiga tidak bekerja tetapi dipercayai ketua sindiket tersebut.
02:04Kesemua mereka kini direman hingga 6 April bagi membantu siasatan
02:08mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments