00:00Dalam ucapan pada waktu perdana di Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi jaminan bahawa operasi ketenteraan itu akan
00:08diselesaikan dengan pantas sambil merakamkan perhargaan kepada sekutu-sekutu Amerika di Asia Barat.
00:14Dalam ucapan pada hari malam, Trump ucapkan terima kasih kepada Israel, Arab Saudi, Qatar, Emirat Arab 1, Kuwait dan Bahrain
00:21sambil menegaskan Amerika tidak akan membiarkan sekutu-sekutunya terdedah kepada sebarang ancaman.
00:49Trump berkata objektif utama Washington dalam perang dengan Iran hampir mencapai penamat.
00:54Sejak konflik tercetus pada 28 Februari, ribuan orang dilaporkan terbunuh di seluruh Asia Barat selepas serangan Amerika-Israel ke atas
01:02Iran.
01:02Serangan itu mencetuskan serangan balas Iran ke atas Israel, pengkalan Amerika di negara-negara teluk serta pembukaan medan baru di
01:10Lubnan.
01:11Konflik itu turut menyebabkan Iran menutup selat hormus laluan strategik yang mengendalikan kira-kira 1.5 bekalan minyak dunia sekaligus
01:18menjejaskan pasaran kewangan global.
01:20Ketegangan berterusan itu juga memberi tekanan kepada Trump di peringkat domestik dengan kadar sokongan awam terhadapnya terus merosot menjelang pilihan
01:28raya pertengahan penggal penting di Amerika Syarikat.
Comments