Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini. Perceraian yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah berjalan dengan baik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusof Baharin hari ini sah bercerai talak satu secara roji'i di Mahkamah Rendah Syariah
00:07Petaling Syah Alam.
00:08Penceraian Zizi dan Yusof yang bernikah pada 19 September 2021 berlangsung secara baik di hadapan Hakim Syari'i Muhammad Saifullah
00:16Hamzah.
00:19Perceraian itu menamatkan spekulasi status hubungan Zizi dan Yusof yang sebelum ini menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.
00:25Peguam Syari'i mewakili plantif Zizi iaitu Nurhaiza Marina Mat Ramli berkata proseding penceraian itu berlangsung secara baik mengikut persetujuan
00:34bersama.
00:35Proseding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling itu adalah berdasarkan permohonan di bawah Seksyen 47 melibatkan Zizi dan Yusof, kedua-dua
00:43pihak bersetuju dengan permohonan penceraian tersebut.
00:46Lafaz cerai talak satu secara roji'i dibuat di hadapan Hakim dan direkodkan sebagai penceraian sah menurut undang-undang Syari
00:53'ah.
00:54Zizi atau nama sebenar Nurhaiza Ahmad Tahil, 41 tahun yang memfailkan permohonan cerai itu enggan mengulas lanjut mengenainya.
01:02Yusof atau nama sebenarnya Muhammad Yusof Bahrain selaku defendant pula memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak.
01:08Zizi dan Yusof mencuri perhatian apabila dilihat menyambut Hari Raya secara berasingan tahun ini.
01:13Spekulasi mula timbul selepas kedua-duanya memuat naik foto sambutan satu syawal dalam media sosial masing-masing secara sendirian.
01:20Ia turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
01:23Lebih-lebih lagi apabila pasangan berkenaan sebelum ini sering dilihat bersama dalam pelbagai acara dan perkongsian di media sosial.
01:29Sebelum ini juga, status rumah tangga Zizi dan Yusof itu menjadi bualan apabila mereka didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti
01:36akaun media sosial masing-masing.
01:38Pasangan ini bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.
Comments

Recommended