00:00Suran Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC telah memulakan siasatan terhadap 5 individu disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai kenaikan
00:09harga bahan api petrol dan diesel di platform media sosial threats. MCMC maklumkan 3 daripada 5 individu berkenaan telah dipanggil
00:16untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
00:21Menurut aduan diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua individu berkaitan kenaikan harga bahan api petrol dan diesel didapati palsu mengelirukan
00:30suatu berpotensi menimbulkan kegelisahan kepada pengguna.
00:33Hasil semakan lanjut, pihak buletin sebuah stesen TV swasta telah mengeluarkan penafian terhadap penerbitan kandungan yang disunting menggunakan identiti visual
00:42mereka.
00:42Dalam perkembangan sama, MCMC memberitahu telah menerima aduan daripada buletin TV swasta bahawa kandungan palsu yang tular tersebut adalah bukan
00:51daripada mereka, sebaliknya dilakukan oleh pihak ketiga.
00:54Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000
01:05atau penjara hingga 2 tahun atau keduanya jika disabitkan kesalahan.
01:10MCMC menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk tujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.
01:20Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.
01:26Orang ramai turut diingatkan agar bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi hingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat
01:35serta ketentramat awam.
Comments