Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
KKDW akan menyusun semula pelaksanaan program pembangunan dengan mengutamakan projek kritikal bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kenaikan kos bahan api dan tenaga, tanpa mengurangkan peruntukan atau skop pembangunan, sebaliknya bagi memastikan pelaksanaan lebih tersusun dan berimpak tinggi.
Transcript
00:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW akan menstruktur semula pelaksanaan semua program pembangunan tahun ini
00:07dengan memberi keutamaan kepada projek kritikal bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan kenaikan kos bahan api dan tenaga.
00:15Timbalan Perdana Menteri Datuk Suri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu bukan bertujuan mengurangkan peruntukan atau mengecilkan skop pembangunan
00:23sebaliknya untuk memastikan pelaksanaan program lebih tersusun dan berimpak tinggi kepada rakyat.
00:30Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pendekatan baharu itu turut menumpukan kepada usaha meningkatkan penjanaan pendapatan dalam
00:38kalangan usahawan kecil dan sederhana
00:40khususnya usahawan mikro di kawasan luar bandar sebagai langkah menanggani tekanan kos sehari hidup.
00:46Kita dijangka dapat membuat penjimatan terhadap beberapa program yang dilakukan
00:57dan penjimatan ini bukan mahu mengurangkan atau mengecilkan apa yang telah dirancangkan
01:08tetapi kita menuturkan semula keadaan-keadaan perawatan yang dijalankan.
01:15Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya pada Khamis.
01:21Ahmad Zahir berkata keutamaan akan diberikan kepada projek yang kritikal untuk dilaksanakan.
01:27Walaupun langkah-langkah ini merupakan satu langkah dalaman yang dilakukan oleh KKDW
01:36tetapi kita mengambil langkah proaktif ini agar projek-projek keutamaan tidak ditinggalkan
01:42tetapi kita akan mencari kaedah pengstrukturan semula kepada pelaksanaan program-program berkenaan.
01:50Sebelum ini Ahmad Zahir dalam ucapannya berkata peranan strategik KKDW adalah sebagai benteng
01:57berhadapan dalam membina ketahanan ekonomi desa.
02:00Beliau berkata KKDW tidak boleh hanya berfungsi sebagai pelaksanaan program
02:05tetapi berperanan sebagai pemudah cara yang menyelaras bantuan segera
02:10memperkukuh rantaian bekalan di peringkat desa
02:13dan membuka ruang ekonomi baharu berasaskan kekuatan tempatan.
Comments

Recommended