Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pakar kos peperangan mendedahkan konflik Iran meningkatkan hutang awam AS, menekan rakyat melalui harga petrol, inflasi dan ketidakpastian ekonomi, dengan perbelanjaan ketenteraan mencecah puluhan bilion dolar.
Transcript
00:00Perang di Iran dilaporkan menelan belanja kerajaan Amerika Syarikat sehingga $2 bilion Amerika atau $8.06 bilion setiap hari.
00:10Pengarah Cost of War Project di Brown University, Stephanie Savelle mendedahkan,
00:14berdasarkan perbelanjaan senjata dan ketenteraan, kerosakan terhadap aset Amerika dan perbelanjaan lain,
00:19perang itu sudah menelan kos puluhan bilion dolar untuk rakyat Amerika.
00:25Beliau yang juga pakar menjejaki kesan ekonomi konflik global berkata,
00:30setiap hari perang berterusan sekaligus menambah jumlah hutang awam dengan sangat besar.
00:36Tahap kos ini akhirnya, kata beliau, akan ditanggung oleh rakyat biasa Amerika.
00:41Menurut beliau, perang ini sudah menyebabkan kesan besar kepada harga petrol
00:44dan terdapat juga kemungkinan kesan jangka panjang terhadap inflasi, ketidakpastian perniagaan dan kos insurans.
00:51Media Amerika Syarikat menyebut, Pentagon awal bulan ini memberitahu Kongres bahawa
00:56enam hari pertama perang telah menelan belanja $11.3 bilion dolar Amerika.
01:01Bagandapun, Savelle percaya jumlahnya adalah lebih tinggi.
01:05White House juga berkata, awal bulan ini pihaknya sedang memohon tambahan $200 bilion dolar
01:10untuk perang di Iran, di mana menurut Savelle adalah jumlah yang sangat besar.
01:15Pakar Belanjawan Pertahanan Universiti Harvard, Linda Blanche pula berkata,
01:19perang itu dilihat sudah menelan kos sekitar $2 bilion dolar sehari.
01:23kikmlane
Comments

Recommended