00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa pentadbirannya berjaya menukar rejim di Iran hasil tindakan ketenteraan tegas Amerika Syarikat.
00:08Berucap pada majlis makan tengah hari Easter di Washington, Trump berkata perubahan kepimpinan di Teheran berlaku susulan operasi ketenteraan yang
00:16menyasarkan beberapa barisan kepimpinan Iran.
00:56Dalam ucapan sama, Trump menegaskan sokongan padu Amerika Syarikat
00:59terhadap Israel sambil mendakwa tindakan ketenteraannya telah menyingkirkan ancaman utama terhadap kestabilan Asia Barat.
01:06Beliau mengulangi keputusan menarik keluar Amerika Syarikat daripada Perjanjian Nuklear Iran JCPOA
01:12dan mengaitkan serangan yang membunuh General Qasim Soleimani sebagai langkah penting dalam melemahkan Iran.
01:18Trump menutup kenyataan dengan mengumumkan satu ucapan khas pada jam 9 malam waktu tempatan yang menurutnya akan memperincikan kejayaan pentadbirannya.
Comments