Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Dua lagi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilaporkan maut dalam insiden berasingan ketika menjalankan tugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Kejadian melibatkan letupan kenderaan UNIFIL itu menjadikan jumlah korban anggota TNI meningkat kepada tiga orang setakat ini, manakala siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.
Transcript
00:00Dua lagi anggota tentera Indonesia dilaporkan maut dalam insiden berasingan ketika menjalankan tugas di bawah pasukan interim pertubuhan bangsa-bangsa
00:09bersatu di Lubnan, Unifil.
00:11Menurut Ketua Pusat Penerangan Angkatan Tentera Nasional Indonesia TNI, Major General Aulia Dwi Nasrullah, perkembangan terbaru itu sekaligus menjadikan jumlah
00:20korban meningkat kepada tiga orang setakat ini.
00:23Jelas Aulia, dua anggota yang terkorban dikenal pasti sebagai Kapten Infantry Zulmi Aditya Iskandar dan Sarja Mohd Nur Ichwan.
00:31Difahamkan kedua-dua anggota berkenaan terkorban ketika mengiringi sebuah kenderaan Unifil menuju ke lokasi yang telah ditetapkan.
00:39Menurut Aulia, insiden itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki anggota TNI berkenaan meletup ketika dalam perjalanan sekaligus mengakibatkan kematian di
00:47tempat kejadian.
00:48Sementara itu, dua lagi anggota TNI iaitu Leftenan Infantry Sultan Wirdian Maulana dan Koperal Danny Rianto dilaporkan mengalami kesederaan susulan
00:57insiden berkenaan.
00:58Beliau turut maklumkan punca letupan masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan oleh Unifil bagi menentukan sebab sebenar kejadian.
01:07Beliau menegaskan TNI akan sentiasa memantau perkembangan situasi di kawasan misi Lubnan dan bersedia mengambil langkah kontingensi susulan faktor keselamatan
01:16yang semakin mencabar.
01:18Pada Isnin, TNI mengisahkan seorang anggotanya terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam satu insiden berasingan pada 30 Mac lalu.
01:26Terima kasih telah menonton!
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended