Skip to playerSkip to main content
Teknik Rebus 5:30:7 Jimat Gas, Cepat Empuk

Biasanya jika ingin rebus daging, tulang, kekacang dan sebagainya memang mengambil masa yang lama dan guna periuk 'pressure cooker' dapat mempercepatkan tempoh memasak.

Namun, jika di rumah tiada 'pressure cooker' boleh ikut teknik rebus 5:30:7 ini, memang menjadi! Rebus daging, kacang hijau, ayam pencen, tulang, kacang dhal dan sebagainya, sekejap je lembut & empuk.

Sebagai contoh jika kita ingin rebus kacang hijau, Ikut teknik mudah ini.

Selamat Mencuba!

Ingat Makan Ingat RASA

#TipDapurRasa #Teknikrebuskacanghijau #PetuaDapur #TipDapur #MajalahRasa #rasashare
Transcript
00:02Teknik rebus 537
00:04Jimat gas cepat empuk
00:06Biasanya jika kita ingin rebus daging, tulang, kekacang dan sebagainya
00:11Memang mengambil masa yang lama
00:13Dan guna periuk peju kuka dapat mempercepatkan tempoh memasak
00:16Namun jika di rumah tak ada peju kuka
00:19Boleh je ikut teknik rebus 537 ni
00:21Memang menjadi rebus daging, kacang hijau, air pencin, tulang, kacang dal dan sebagainya
00:26Sekejap je lembut dan empuk
00:28Sebagai contoh, jika kita ingin rebus kacang hijau
00:31Ikut teknik mudah ni
00:32Mula-mula, masak air sehingga mendidih
00:34Kemudian masukkan kacang hijau yang telah dicuci bersih
00:37Biarkan air mendidih sekali lagi selama 5 minit
00:41Kemudian selepas 5 minit
00:42Tutup api dan tutup periuk dengan rapat
00:45Dan jangan membukanya langsung selama 30 minit
00:48Ketika ini, haba terperangkap dan akan melembutkan kacang hijau tadi
00:52Kemudian selepas biarkan selama 30 minit
00:55Hidupkan semula api dan biarkan mendidih selama 7 minit lagi
00:58Pastikan periuk sentiasa bertutup ya
01:01Untuk mudah faham, didihkan 5 minit
01:03Tutup dan biarkan 30 minit
01:06Didihkan semula 7 minit
01:08Siap!
01:09Lihat hasilnya
01:10Ikut teknik ni, memang sekejap je kacang hijau ni lembut dan empuk
01:14Tak perlu masak dan peju kuka pun
01:16Mudah dan cepat
01:17Malah jimat gas dan masa di dapur
01:20Selamat mencuba
01:21Ingat makan, ingat rasa
Comments

Recommended