Skip to playerSkip to main content
Kuah pekat, masam pedas seimbang dengan rempah yang cukup ‘kick’, memang ngam dimakan dengan nasi panas. Ikan kembung pula isi lembut dan menyerap kuah dengan sempurna. Sekali hirup kuah, terus rasa nak tambah nasi.

ASAM PEDAS KEMBUNG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung
2 batang serai - ketuk
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air
2 sudu teh pes asam jawa - bancuh dengan sedikit air
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
4 biji bendi
1 biji terung
2 biji tomato


BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci belacan
15 tangkai cili kering

BAHAN SERBUK REMPAH:
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam


Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #asampedaskembung #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni dah dah berasal
00:01Kak IK nak masak hidangan Melayu
00:03Memang terkenal iaitu asal pedas, kembung rempah
00:05Kuah pekat, memang terbaik makan dengan nasi panas
00:08Ah tak payah cakap banyak
00:09Jomlah kita masak
00:10Untuk bahan kisah, masukkan bawang merah besar
00:12Bawang putih, halia, lengkuas, belacan dan juga cili kering
00:16Cili kering tu korang rebus dulu tau
00:18Tambah air secukupnya dan kisah sampai betul-betul halus
00:21Kalau mata blender tumpul, gocah-goncah sikit blender tu supaya cepat lumat
00:24Pastikan bahan kisah tu tak ada yang berketul
00:26Panaskan sedikit minyak dalam kuali
00:28Kemudian masukkan serai dan juga bahan yang kita kisah tadi
00:31Tumis-tumis hingga pecah minyak dan naik bau wangi rempah
00:34Sebab ni memang penting
00:35Rencah tu memang kena betul-betul masak dan pecah minyak
00:37Barulah asal pedas tu jari lebih sedap
00:39Masukkan serbuk ketumbar, serbuk cintang manis, serbuk cintang putih, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam
00:45Kacau-kacau hingga sebati
00:46Bila dah masuk rempah ni, bau dia ya Allah
00:49Memang wangi, tak sabar nak makan
00:51Seterusnya, masukkan garam, serbuk perasa dan air dengan secukupnya
00:55Hati-hati letak air, jangan banyak sangat
00:57Nanti kuah asal pedas jadi cair
00:59Tambahkan pecah asam jawa yang kita dah pacuh dengan sedikit air
01:02Daun lima purut yang kita dah buang urat tengahnya
01:04Bunga kantan dan juga daun kesum
01:06Bunga kantan dan daun kesum ni boleh je letak lebih
01:08Lagi banyak kita letak lagi sedap rasa asal pedas kita nanti
01:12Kacau-kacau dan biarkan kuah tu merenis seketika
01:15Kemudian masukkan ikan kembung bersama beli dan hirisan terung
01:18Ikan kembung ni boleh je kita ganti dengan ikan parah, tenggiri dan pari
01:22Nak guna air pun ok
01:24Masak sekejap sampai dah sayur-sayur tu setengah masak
01:27Sambil tunggu sayur lembut
01:28Kacau-kacau sikit kuah tu
01:30Tapi jangan kacau bersungguh sangat
01:31Takut nanti ikan tu hancur
01:33Kemudian barulah masukkan diri san tomato
01:35Masaklah lagi sekejap
01:37Dah siap asal pedas kembung rempah kita
01:39Pedas masam dan wangi ni memang cukup menyerahkan
01:43Selamat mencuba
01:44Nak tengokkan ikan masak secara live?
01:46Jom intai asli kami di TikTok Bajar Rasa Sasa
01:48Setiap siasaran kami sejam 11 pagi
01:50Ingat-ingat-ingat Rasa
01:51Jangan beruntung
01:51Terima kasih telah menonton
01:52Terima kasih telah menonton
Comments

Recommended