Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) terus memperkukuh kedudukannya apabila kandungan berteras cerita tempatan kekal menjadi pemacu utama penglibatan penonton serta prestasi perniagaannya sepanjang tahun kewangan 2026.
Transcript
00:00Istro Malaysia Holdings Berhad, Istro, terus memperkukuh kedudukannya apabila kandungan berteras cerita tempatan kekal menjadi pemacu utama penglibatan penonton serta
00:10prestasi perniagaannya sepanjang tahun kewangan 2026.
00:14Dalam kenyataan, Istro memaklumkan syarikat merekodkan 20 bilion tontonan merentas platform, televisyen, radio, penstriman dan digital sepanjang 2025 dengan kandungan
00:28tempatan dan vernacular menyumbang 81% daripada jumlah tontonan keseluruhan, meningkat 2% tahun ke tahun.
00:38Istro menyifatkan pencapaian itu membuktikan kekuatan kandungan tempatan sebagai teras ekosistem kumpulan, melangkaui penyiaran tradisional kepada pengalaman hiburan berentas platform.
00:50Antara pencapaian paling menunjul ialah kejayaan film animasi Papa Zola The Movie, Game On, yang muncul sebagai film animasi Malaysia
00:58dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.
01:01Film terbitan Istro Shaw itu mencatat kutipan box office melebihi RM68 juta di Malaysia selain mencapai 4.5 juta penonton
01:11di Asia Tenggara setakat ini.
01:14Secara keseluruhan, Istro menyumbang 6 daripada 10 film tempatan dengan kutipan tertinggi pada tahun kewangan 26, menjana RM110 juta bersamaan
01:2439% bahagian pasaran film tempatan.
01:28Prestasi ini turut diperkukuh oleh kejayaan judul lain seperti Malam Terlarang yang mencatat kutipan tertinggi bagi film seram tempatan serta
01:37banduan, film adaptasi Tamil tempatan nombor satu di Malaysia.
01:41Dari segi kandungan televisyen, Gegar Vaganza mengekalkan kerudukannya sebagai rancangan nombor satu Malaysia di semua platform Istro dengan lebih 120
01:53juta tontonan selain mencatat lebih 2 bilion tontonan di media sosial.
01:58Manakala drama Dia Imamku muncul sebagai drama nombor satu negara merekodkan 197 juta tontonan, merentas platform serta 415 juta tontonan
02:11sosial.
02:12Kandungan siaran langsung turut mencatat penglibatan tinggi termasuk acara sukan dan sambutan nasional.
02:18Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Istro, Yuen Smith berkata kekuatan penceritaan tempatan kekal sebagai pembeza utama syarikat khususnya ketika Istro melangkah
02:29ke tahun ke-30 operasinya.
02:32Menurut beliau, Istro melalui transformasi besar daripada platform televisyen satelit kepada sebuah platform kandungan dan digital yang bersepadu selari perubahan
02:42citarasa dan corak penggunaan media penonton.
02:45Katanya Istro mula melihat tanda-tanda pemulihan dalam segmen pengiklanan merentas televisyen, radio dan digital di samping pengembangan jejak digital
02:55melalui platform penstriman seperti SUKA.
02:57Mengulas situasi global yang mencabar termasuk ketidaktentuan geopolitik, Yuen Smith berkata pakej berasaskan nilai seperti Astro-1 berada pada kedudukan
03:09baik untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
03:12Terima kasih telah menonton!

Recommended