00:00Kementerian Dalam Negeri Thailand telah mengeluarkan arahan rasmi kepada pihak berkuasa wilayah di seluruh negara untuk memperhebatkan kawalan ke atas
00:08harga bahan api dan barangan pengguna bagi mengekang aktiviti pencatutan.
00:12Langkah drastik itu diumumkan melalui Perintah Segera Jabatan Pentadbiran Wilayah, memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah,
00:22menyorok bekalan atau menaikkan harga secara tidak munasabah.
00:28Pesalah bakal berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun denda maksimum 100 ribu bath sekitar 12 ribu ringgit atau kedua-duanya
00:37dibawah dekri kecemasan berkaitan kekurangan bahan api.
00:41Kepada wilayah ketua daerah dan pegawai pentadbiran tempatan kini dipertanggungjawabkan untuk memantau jualan barangan serta perkhidmatan secara harian bagi mengelak
00:50manipulasi harga yang bersifat oportunistik.
00:54Selain itu, kerajaan turut menguatkuasakan penggantungan sementara ke atas ekspor beberapa jenis bahan api tertentu.
01:01Ini termasuk petrol, gasohol, diesel dan bahan api penerbangan kecuali untuk pasaran Laos dan Myanmar.
01:08Tindakan bersepadu ini melibatkan empat negeri utama di mana pejabat perdagangan wilayah akan memantau harga barangan manakala pejabat tenaga wilayah
01:17akan menyelia operasi stesen minyak.
01:19Kerajaan Thailand dalam pada itu turut memberi jaminan kepada orang awam bekalan minyak mentah negara masih mencukupi dan krisis semasa
01:27berpunca daripada pembelian panik serta masalah logistik sementara.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments