00:00Nilai mata wang rupiah Indonesia dan pasaran saham mencatat kenaikan apabila pasaran domestik dibuka semula.
00:07Selepas cuti selama seminggu didorong harapan terhadap usaha pentadbiran Donald Trump untuk meredakan ketegangan perang melibatkan Iran.
00:15Rupiah meningkat sehingga 0.6% berbanding dolar Amerika iaitu kenaikan tertinggi dalam tempoh lebih 6 bulan
00:24sekaligus mendahului mata wang serantau lain dalam dagangan awal Rabu.
00:30Indeks saham utama Jakarta Composite Index pula melonjak sehingga 1.3% manakala hasil bon penanda aras 10 tahun meningkat
00:396 mata asas.
00:41Kenaikan itu seiring dengan prestasi positif pasaran Asia secara keseluruhan apabila pelabur menyambut baik kenyataan Presiden Trump
00:48mengenai isyarat positif Iran dalam rundingan walaupun Amerika Syarikat pada masa sama menambah penempatan tenteranya di Asia Barat.
00:56Harga minyak yang menjadi antara kebimbangan utama pelabur dalam aset Indonesia turut mencatat penurunan pada Rabu.
01:05Ketua Penyelidikan PT Merah Aset Sekuritas Indonesia, Ruli Arya Wisnu Beroto berkata,
01:11ketidakketentuan pasaran kekal tinggi dan turun naik pasaran terus dipacu oleh risiko berita semasa
01:18serta perubahan persepsi terhadap peningkatan atau pengurangan ketegangan geopolitik.
Comments