00:00Baik, untuk jama ini rakan setugas Ernalisa Uthman sedia dengan laporan di Asia Barat antaranya perkembangan terbaharu dan juga reaksi
00:08pemimpin negara terlibat. Silakan, Lisa.
00:11Terima kasih, Farhan.
00:16Angka korban konflik Asia Barat terus meningkat. Lebih 4,000 kematian direkodkan sejak serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas
00:26Iran sejak 28 Februari lalu.
00:29Sekaligus mencetuskan tindak balas ketenteraan yang semakin meluas di rantau itu.
00:35Ketegangan semakin memunca apabila Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas Israel, pangkalan tentera serta beberapa negara teluk.
00:45Menurut kumpulan hak-hasasi berpangkalan di Amerika Syarikat, seramai 3,266 orang terbunuh di Iran setakat ini termasuk 1,443
00:59orang awam dan sekurang-kurangnya 217 kanak-kanak.
01:03Bagaimanapun, angka rasmi kerajaan Iran jauh lebih rendah antara 1,270 hingga 1,332 kematian tanpa penjelasan jelas mengenai perbezaan
01:15data.
01:16Sementara itu, di Lubnan, pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 1,072 orang terbunuh akibat serangan Israel sejak awal Mac dengan
01:26lebih 100 daripadanya kanak-kanak.
01:31Di Irak pula, sekurang-kurangnya 81 orang maut termasuk anggota keselamatan selain kematian melibatkan tentera Amerika Syarikat dan seorang anggota
01:41tentera Perancis dalam serangan berasingan.
01:43Sementara itu, di Israel, serangan peluru berpandu Iran mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang awam selain beberapa anggota tentera terbunuh di
01:53sempadan Lubnan.
01:54Insiden lain turut mencatatkan korban termasuk di Tebing Barat apabila 4 wanita Palestine dilaporkan maut akibat serangan.
02:02Konflik itu turut merebak ke beberapa negara teluk lain termasuk Emirah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Syria, Oman, Arab Saudi dan
02:12Bahrain dengan puluhan kematian dilaporkan.
02:15Keadaan ini menunjukkan konflik Asia Barat semakin meluas dan meruncing dengan angka korban terus meningkat serta memberi kesan besar kepada
02:24keselamatan serantau.
Comments