Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Bajet yang diluluskan itu akan diperoleh daripada Dana Gas Malampaya di bawah Akaun Khas dalam Kumpulan Wang Am.
Transcript
00:00Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. mengarahkan pengeluaran dana kecemasan 20 bilion peso untuk memastikan negara itu mempunyai bekalan bahan api
00:10yang mencukupi ketika krisis minyak global susulan konflik berterusan di Asia Barat.
00:16Jabatan Tenaga akan menerima dana kecemasan menerusi perintah pengeluaran peruntukan khas dan notis peruntukan tuna yang dikeluarkan pada Selasa.
00:28Menurut Jabatan Belanjawan dan Pengurusan DBM, bajet yang diluluskan itu akan diperoleh daripada dana gas malam payah di bawah akaun
00:36khas dalam kumpulan wang am.
00:38Pembiayaan itu akan dikenakan terhadap dana gas malam payah memastikan sumber sedia ada untuk keperluan keselamatan tenaga negara yang mendesak
00:47tanpa mengganggu program keutamaan lain.
00:4920 bilion pesos akan digunakan untuk pelaksanaan program keselamatan tenaga kecemasan kerajaan yang bertujuan memastikan ketersediaan bahan api mencegah kekurangan
01:00bekalan dan mengurangkan kesan harga minyak global yang tidak menentu.
01:03Ia akan membiayai perolehan strategik produk bahan api termasuk diesel, petrol dan LPG dalam usaha meningkatkan inventori bahan api nasional,
01:13menstabilkan harga pump dan memastikan operasi tanpa gangguan merentasi pengangkutan, logistik, pertanian, tindak balas kecemasan dan sektor kritikal lain.
01:23Menurut DBM, program itu akan dilaksanakan oleh Philippine National Oil Company Exploration Corp yang telahpun memulakan aktiviti perolehan untuk menambah
01:33bekalan domestik dengan segera.
Comments

Recommended