Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Kerajaan memutuskan untuk meningkatkan import bahan api sebanyak 25 peratus tahun ini bagi menangani potensi gangguan bekalan akibat konflik berterusan di Asia Barat, kata Menteri Tenaga Iqbal Hassan Mahmood pada Isnin, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Bangladesh memutuskan untuk meningkatkan impor bahan api sebanyak 25% tahun ini
00:06bagi menangani potensi gangguan bekalan akibat konflik berterusan di Asia Barat.
00:12Menteri Tenaga Iqbal Hassan Mahmud berkata walaupun kebimbangan global terhadap bekalan bahan api,
00:17namun tidak ada krisis segera di negara itu.
00:22Beliau berkata kapal yang membawa bekalan bahan api mencukupi akan tiba di pelabuhan
00:27dan kerajaan mengekalkan kewaspadaan ketat untuk memastikan pengagihan tidak terganggu di seluruh negara.
00:34Mengetengahkan usaha subsidi kerajaan, menurutnya bahan api dibeli pada harga lebih tinggi daripada pasaran spot
00:41tetapi dijual kepada pengguna pada kadar yang lebih rendah.
00:45Kata beliau tempoh konflik masih tidak menentu, justru kerajaan akan terus memberikan subsidi selama mungkin
00:52dengan mengambil kira keupayaan membeli rakyat.
00:54Merujuk pada gangguan dalam laluan bekalan global, Iqbal menyatakan penghantaran minyak melalui selat hormus berdepan cabaran.
01:02Tambah beliau, kapal tidak dapat bergerak seperti biasa melalui selat hormus
01:07dan memerlukan kebenaran khas yang menyebabkan beberapa gangguan pada bekalan tetap.
01:12Mengenai rizal bahan api, Menteri berkata para stok sedang diuruskan berdasarkan permintaan
01:18dan bekalan yang tidak terganggu setakat ini telah menghalang sebarang krisis besar.
01:23Sambil menggesa orang ramai supaya bertenang, beliau meminta pengguna mengelak pembelian panik.
01:29Sementara itu, lawatan ke beberapa pambahan api di Ibu Negara
01:33mendapati kenderaan menunggu dalam barisan panjang untuk mendapatkan minyak
01:37manakala beberapa stesen ditutup sementara selepas kehabisan stok berikutan peningkatan permintaan
01:43seterusnya mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Recommended