00:00Baik, sebarang rundingan untuk menamatkan konflik Asia Barat mesti berlandaskan niat yang ikhlas dan bukan sekadar mengawal tempoh peperangan demi
00:09kelebihan taktikal.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana masyarakat antarabangsa telah lama menyaksikan usaha gencatan senjata yang bersifat sementara
00:19dan bukannya penyelesaian tuntas.
00:24Malah katanya, Malaysia menyatakan sokongan terhadap usaha rundingan antara AS dan Iran yang dicadangkan Pakistan sambil menggesa semua pihak mengambil
00:34peluang diplomatik itu dengan penuh tanggungjawab demi meredakan ketegangan yang kian memuncak di Asia Barat.
01:06Terima kasih kerana menonton!
01:29Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi pendirian Malaysia mengiktiraf hak Iran mempertahankan kedaulatannya seperti diperuntukkan di bawah undang-undang antarabangsa,
01:39khususnya susulan serangan berterusan Israel di Iran dan Lubnan.
01:44Menurut Anwar, negara-negara teluk, rantau berkenaan dan dunia secara keseluruhan mempunyai kepentingan besar termasuk dari sudut ekonomi, sosial dan
01:52kestabilan jangka panjang yang tidak wajar dikorbankan akibat keputusan pihak lain.
01:58Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan terhadap amalan tidak seimbang dalam penerapan undang-undang antarabangsa, khususnya apabila prinsip aturan berasaskan peraturan
02:07digunakan secara terpilih.
02:09Menurut beliau, kredibiliti undang-undang antarabangsa bergantung kepada konsistensi dan keadilan dalam pelaksanaannya.
02:17Anwar memalumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Madris Kerjasama Teluk GCC, Turki, Mesir, Indonesia, Jepun, Pakistan serta rakan-rakan
02:27lain bagi memahami situasi semasa dan menggalakkan usaha penyah eskalasi.
02:31Terima kasih telah menonton!
Comments