Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Di Tawau, cuaca panas serta kering menjadikan bekalan air semakin kritikal. Beberapa kawasan dilaporkan berdepan dengan masalah bekalan, memaksa penduduk menyimpan bekalan secukupnya bagi menampung keperluan harian.
Transcript
00:00Di Tawau, cuaca panas serta kering menjadikan bekalan air semakin kritikal.
00:05Beberapa kawasan dilaporkan berdepan dengan masalah bekalan memaksa penduduk menyimpan secukupnya bagi menampung keperluan harian.
00:14Bagi Abdullah Omar Syil, 52 tahun, cabaran utama adalah memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaan harian.
00:21Menurutnya, mengambil pengalaman pada musim kemarau sebelum ini, penduduk terpaksa menggali sungai bagi mendapatkan bekalan selain membeli air botol dalam
00:30kuantiti besar.
00:31Pernah berlaku, saya waktu itu tahun 2017 ke 2018, waktu itu kemarau 3 bulan.
00:44Jadi memang air semua sudah kering, jadi kebetulan ada sungai.
00:50Jadi sungai itulah yang kami korek-korek airnya, jadi adalah dapat sedikit air untuk mandi, dibersihkan air itu dan bolehlah
01:00diminum.
01:00Jadi kami terpaksa keluar ke bandar untuk beli air botol kan.
01:06Biasa kami beli dalam 10 kotak begitu untuk persiapan.
01:10Selain itu, fenomena panas ini turut menuntut strategi pengurusan air yang bijak.
01:15Ahmad Lutfi, 26 tahun, seorang peniaga, menekankan kepentingan berjimat ketika mandi dan memastikan kesihatan terjaga.
01:22Kalau kita kemarau ini, yang kita risaukan, mati air lah.
01:26Bekalan air tidak cukup. Lagi satu, kita kena sediakan simpanan seawal mungkin lah.
01:30Kalau untuk jaga kesihatan, kurangkan berada di luar rumah.
01:35Kurangkan berada di luar rumah sebab bila kita terkena dengan cuca panas ini, sakit kepala kan, demam apa segala.
01:41Lagi satu, kita kena cukup minum air lah.
01:44Sekurang-kurangnya, kalau saya alas, sekurang-kurangnya botol bersatu yang 1.5 liter, kena habiskan dua botol begitu untuk satu
01:51hari.
01:51Sementara itu, bagi penduduk yang lebih berisiko seperti ibu mengandung dan warga emas, langkah kekal hidrasi menjadi keutamaan.
01:59Wahyu Maisarah Kadir, 27 tahun, yang syarat mengandung, menekankan kepentingan berada di dalam rumah,
02:05banyakan aktiviti di dalam, serta menyimpan bekalan air dan ubat-ubatan secukupnya.
02:10Kami sediakan air mineral yang secukupnya lah memang di rumah sebab kalau jam lagi kan, susah mau keluar, takut strok
02:19haba kan, lepas tu kerap mandi, telah banyakkan aktiviti di dalam rumah lah.
02:26Tidak keluar, sediakan ubat-ubatan semua.
02:30Terdahulu pengurusi jawatan kuasa pengurusan bencana daerah JPBD Tawau, Dato' Joseph Pang menarik semula bencana kemarau yang diumumkan sebelum ini.
02:38Ini selaras dengan pandangan jawatan kuasa pengurusan bencana negeri JPBN Sabah selepas semakan dan pemantauan daripada pihak berkuasa mendapati keadaan
02:47semasa tidak lagi memenuhi kriteria sebagai bencana kemarau seperti yang ditarifkan.
02:51Pihak berkuasa akan terus menjalankan perbincangan semula dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan kekal terkawal.

Recommended