Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pasukan Bomba Dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 malam sebelum digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 70 kilometer dari balai, dengan bantuan bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Transcript
00:00Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah atas air di kampung Mumiang Sandakan pada malam selasa.
00:07Pasukan bomba dan penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 malam sebelum digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak
00:15kira-kira 70km dari balai dengan bantuan bot milik agensi penguatkuasaan Meritim Malaysia.
00:23Menurut pasukan bomba, operasi pemadaman berdepan cabaran berikutan tiada laluan darat selain keadaan air surut.
00:30Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeleluasan kira-kira 20x30 kaki persegi yang musnah sepenuhnya.
00:38Sebelum ketibaan pasukan bomba, penduduk kampung bergota royong untuk memadam api menggunakan pump air namun mangsa tidak sempat diselamatkan.
00:47Mangsa dikenali sebagai Li Tongmong, 77 tahun, ditemukan di dalam rumah oleh pasukan-pasukan gerakan am yang berada di lokasi.
00:55Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memadamkan bara api menggunakan sumber air sedia ada di kampung sebelum mengeluarkan mangsa dari kawasan
01:04kebakaran.
01:06Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
01:10Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.35 tengah malam selepas pemeriksaan menyeluruh dijalankan.
Comments

Recommended