00:00Pengurusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansur Zakaria mengumumkan pelaksanaan solat sunat istisqa akan diadakan serentak pada Khamis
00:10bagi memohon hujan susulan cuaca panas yang berpanjangan.
00:14Beliau berkata pelaksanaan solat sunat itu akan dianjurkan pejabat agama daerah masing-masing mengikut kesesuaian waktu pada hari berkenaan.
00:24Menurutnya proses pembenihan awan juga telah dibuat di peringkat pusat sebagai strategi ketika berdepan suhu maksimum harian yang mencecah antara
00:3337 hingga 40 darjah Celcius.
00:36Dalam hari itu, Mansur berkata ke semua pejabat kesihatan daerah serta hospital di Kedah berada pada tahap bersedia bagi kes
00:43melibatkan cuaca panas namun tiada kes strok haba direkodkan setakat ini.
00:48Beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga ketika melibatkan aktiviti luar terutama di musim perayaan Aidilfitri.
00:58Sebelum ini, fenomena gelombang haba di beberapa daerah di Kedah termasuk Pendang, Pokok Sena dan Baling dilaporkan berada pada tahap
01:06dua.
01:07Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, 15 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu atau berjaga-jaga selepas berekodkan suhu maksimum harian
01:16antara 35 hingga 37 darjah Celcius.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments