Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kematian akibat serangan AS dan Israel di Iran kini melebihi 1,500, dengan kerosakan besar pada infrastruktur dan kawasan kediaman. Jumlah mangsa terus meningkat sejak serangan bermula 28 Februari.
Transcript
00:00Bertemu kembali. Untuk waktu ini, kita nak melihat kepada konflik di Asia Barat yang telah berlarutan selama lebih 20 hari.
00:07Dan rakan tugas Pia Arnadia akan memperincikan mengenai konflik di Asia Barat dengan lebih lanjut.
00:13Mungkin Pia boleh teruskan. Pia?
00:15Baik, terima kasih Syaf Syukri. Seperti mana kita sedia maklum bahawa konflik di Asia Barat sudah memasuki minggu ketiga, Syaf.
00:21Dan kita juga ingin melihat dari segi angka kematian yang mana setakat ini telahpun melangkaui 1,500 orang.
00:30Dan ini berdasarkan angka yang diberikan Kementerian Kesihatan Iran.
00:34Dan menurut laporan tersebut, jumlah korban terus meningkat sejak Washington dan Tel Aviv melancarkan serangan besar-besaran bermula 28 Februari
00:43sebagai sebahagian daripada konflik serantau yang semakin memuncak antara ketiga-tiga pihak.
00:48Dan serangan udara dan peluru berpandui dilancarkan berulang kali telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada infrastruktur,
00:57kawasan ketiaman dan kemudahan strategik di Iran.
01:01Konflik ini turut menyebabkan pertumpahan darah yang meluas di seluruh rantau Asia Barat.
01:06Data terdahulu, Syaf, kalau kita sedia maklum, menunjukkan sekurang-kurangnya 1,444 maut dan lebih 18,500 cedera.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended