00:00Kenyataan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengenai isu kaundang tuntutan 40% hasil Sabah tidak mencerminkan keseluruhan
00:10proses rundingan yang sedang berjalan.
00:13Bekas Presiden Kehormat Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Rela Negeri Sabah, Datuk Jeffrey Ambutin Mohamad Said menegaskan
00:23kenyataan terbuka seperti itu berpotensi menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat.
00:31Tegas Jerry, rundingan berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 MA63 dijalankan melalui saluran rasmi termasuk Platform Jawatan Kuasa Teknikal Majlis Perunding MA63
00:42yang memerlukan penelitian mendalam serta pertimbangan undang-undang dan fiskal.
00:47Ujarnya, proses rundingan turut mengambil kira pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan, negara serta kepentingan bersama antara Persekutuan dan Sabah.
00:55Ia tidak boleh diselesaikan secara tergesa-gesa semata-mata untuk memenuhi tekanan tempoh masa.
01:01Jerry mengingatkan menghormati keputusan mahkamah adalah penting namun pada masa sama semua pihak perlu memberi ruang kepada proses rundingan yang
01:08matang, teliti dan berasaskan fakta, bukannya persepsi.
01:12Terdahulu, Medius menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan ketiadaan perkembangan rundingan susulan keputusan mahkamah yang menetapkan tempoh 180 hari untuk memuktamadkan
01:23perkara itu dengan tempoh berkenaan dijangka berakhir pada 15 April ini.
01:29Jerry menegaskan, Medius yang pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan serta timbalan Ketua Menteri Sabah sepatutnya lebih memahami
01:36kerumitan proses rundingan antara kedua-dua pihak.
01:39Tambahnya, media seharusnya arif bahawa rundingan yang melibatkan kepentingan fiskal, perundangan dan dasar memerlukan masa serta perbincangan di pelbagai peringkat
01:48bukan hanya dinilai berdasarkan kenyataan terbuka.
01:51Beliau turut menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan jaminan jelas mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu
01:58berkaitan hak Sabah termasuk tuntutan 40% hasil negeri selaras dengan semangat Perlembagaan dan MA63.
02:06Sehubungan itu, Jerry menyuruh semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam mengulas isu berkepentingan negeri serta mengutamakan pendekatan konstruktif bagi memastikan
02:16tuntutan hak Sabah dapat direalisasikan secara berkesan dan berlandaskan lunas undang-undang.
02:22Terima kasih telah menonton!
Comments