Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dua cedera parah selepas tembakan dilepaskan ke arah kenderaan di hadapan rumah Ahli Parlimen Prachachat di Narathiwat. Serangan berlaku ketika selatan Thailand terus bergolak susulan kejadian di Patani pada 16 Mac.
Transcript
00:00Penghujung Ramadan 2026 atau 1447 hijrah menyaksikan keganasan di selatan Thailand semakin menjadi-jadi.
00:09Dalam kejadian terbaru, dua orang dilaporkan mengalami kecederaan parah.
00:13Insiden berlaku di hadapan rumah ahli parlimen daripada parti Pracacat Kamal Saad Diwamoh dibacu naratiwat pada awal pagi Jumaat.
00:21Beliau terselamat dalam insiden itu.
00:23Berdasarkan rakaman litar televisyen tertutup CCTV, suspek dipercayai menggunakan sebuah pacuan empat roda berwarna putih yang telah melepaskan tembakan bertubi
00:32-tubi ke arah kenderaan mangsa yang memasuki kawasan premis berkenaan.
00:36Susulan kejadian, usaha memburu individu terbabit digerakkan dan motif sebenar kejadian sedang disiasat.
00:42Pada 16 Mac lalu, tiga maut selepas tentu Thailand menyerbu sekolah pondok di Nongchik, Patani dan kejadian itu kemudian disusuli
00:50dengan beberapa siri serangan serta letupan bom.
00:53Putaran keganasan di tiga wilayah bergolak di selatan Thailand sejak 2004 sehingga kini telah membunuh lebih 8,000 orang berdasarkan
01:01statistik organisasi Deep South Watch.
Comments

Recommended