00:00Perang Amerika Syarikat Israel dengan Iran memuncak apabila kedua-dua pihak terus berbalas serangan tanpa sebarang tanda perang akan reda
00:09dalam masa terdekat.
00:11Serangan peluru berpandu Iran pada Sabtu ke atas dua bandar di selatan Israel telah mengakibatkan lebih 100 orang cedera selepas
00:19sistem pertahanan udara Israel gagal memintas projek til berkenaan.
00:25Pasukan penyelamat berkata 75 orang cedera di bandar arat dengan 10 daripadanya parah beberapa jam selepas 33 lagi cedera di
00:34Dimona yang terletak di kawasan berhampiran.
00:37Stesen televisyen kerajaan Iran melaporkan serangan peluru berpandu ke atas Dimona yang menempatkan kemudahan nuklear. Ia adalah sebagai tindak balas
00:46terhadap serangan terdahulu ke atas tapak nuklearnya di Natanz.
00:50Dalam perkembangan berkaitan, Emirah Arab Bersatu UAE memberitahu ia berdepan serangan udara dari Iran selepas Republik Islam itu memberi amaran
01:00kepada negara jiranya supaya tidak membenarkan serangan dilancarkan dari pulau-pulau yang dipertikaikan berhampiran Selat Hormuz yang strategik.
01:09Pulau Abu Musa dan Greater Tan yang dikawal Iran tetapi dituntut oleh UAE sekian lama menjadi punca pertikaian antara kedua
01:18-dua negara.
01:18Sementara itu, utusan tertinggi bagi negara anggota kumpulan 7G7, negara ekonomi maju bersama Kesatuan Eropah EU, menggesa serangan Iran terhadap
01:29sekutunya di Asia Barat, dihentikan serta-merta tanpa syarat.
01:33Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO menghantar konvoy darat pertama membawa 22 tan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke
01:43Beirut dari hub logistik kecemasan globalnya di Dubai.
01:46Lubnan turut terheret ke dalam konflik Asia Barat apabila kumpulan Hezbollah mula melancarkan roket ke Israel sebagai tindak balas susulan
01:55pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamini, dalam serangan Israel-Amerikas Syarikat.
02:00Terima kasih telah menonton!
02:00Terima kasih telah menonton!
Comments