Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Gaya lama klasik sememangnya tidak akan dimamah usia, malah fesyen lama itu kini menjadi minat golongan Gen Z untuk menggayakannya.
Transcript
00:00Baik, seterusnya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, persona gaya klasik era 60-an kembali mencuri perhatian, khususnya
00:09dalam kalangan generasi muda yang kini semakin menghargai keindahan warisan lama.
00:15Minat Muhammad Alif Daniel Muhammad Nur, 23 tahun, mendorongnya memilih tema klasik sebagai busana utama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
00:24tahun ini dengan menggayakan pakaian berinspirasikan potongan tradisional yang syarat elemen vintage dan elegant.
00:34Menurutnya, minat terhadap fesyen klasik itu tercetus daripada kecenderungannya menghayati karya seni lama termasuk filem lakonan legenda tanah air P.
00:44Ramli yang memaparkan gaya pemakaian penuh karakter dan nilai estetika tersendiri.
00:50Tema lama ni sebab dia pada saya dia agak dia ada warisan seni nilai tersendiri.
00:59Daripada yang sekarang kita lihat memang fesyen itu ongoing sebab kata orang tapi bila kita lihat balik apa nama ni
01:08pakaian warisan lama ni membawa banyak makna dan juga membawa makna warisan itu sendiri, darah itu sendiri.
01:15Muhammad Alif Daniel berkata, fesyen klasik bukan sahaja unik malah memiliki keistimewaan dari segi perincian jahitan seperti kekek dan tulang
01:25belut yang melambangkan kehalusan seni busana tradisional.
01:29Tambahnya, pilihan tema klasik itu bukan sekadar gaya tetapi juga sebagai tanda penghargaan terhadap warisan budaya sekaligus membuktikan bahawa fesyen
01:40lama terus relevan dan mampu disesuaikan dengan cita rasa tanpa mengira masa atau generasi mana.
01:47Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended