Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Delegasi Amerika Syarikat dan Ukraine mengadakan pertemuan di Florida yang disifatkan konstruktif, dengan tumpuan menyelesaikan isu tertangguh ke arah perjanjian damai serta kerjasama dua hala, termasuk teknologi dron.
Transcript
00:00Utusan khas Amerika Syarikat Steve Witkoff maklumkan bahawa delegasi Amerika dan Ukraine mengadakan pertemuan yang disifatkan sebagai konstruktif di Florida
00:08pada Sabtu.
00:09Menurut beliau, perbincangan tertumpu kepada usaha untuk menyelesaikan perkara-perkara tertangguh bagi menghampiri perjanjian damai yang menyeluruh.
00:18Witkoff berkata, delegasi Amerika turut dianggotai Jared Kushner, penasihat kanan White House Josh Grunbaum serta penasihat dasar kanan Jabatan Negara
00:29Chris Curran.
00:30Rundingan antara wakil Amerika Syarikat dan Ukraine yang berlangsung di Miami itu dilihat berpotensi membuka jalan kepada pertemuan antara Presiden
00:39Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
00:43Sebelum ini, Zelensky memaklumkan bahawa pertemuan tersebut akan memberi tumpuan kepada dokumen dua hala serta cadangan kerjasama melibatkan teknologi drone.
00:53Rundingan itu pada asalnya dirancang melibatkan pihak Rusia dan dijadual berlangsung di Abu Dhabi dengan fokus mencari penyelesaian kepada konflik
01:02yang tercetus sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022.
01:07Namun pertemuan tiga pihak di Emiriyah Arab Bersatu itu ditangguhkan sesulan tercetusnya konflik melibatkan Iran pada 28 Februari lalu.
01:18Setakat ini, pihak White House belum mengeluarkan sebarang komen rasmi mengenai pertemuan hujung minggu tersebut.
01:24Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended