00:01Komersialisasi perayaan yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif kepada psikologi serta kesejahteraan masyarakat jika tidak dibendung.
00:10Ketua Jabatan Psikologi Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak UniKL RCMP Prof. Madia Dr. Haris Shah Abdul Hamid
00:19berkata,
00:20kecenderungan masyarakat terhadap materialisme boleh mengurangkan kemanisan sebenar sesuatu perayaan termasuk Aidilfitri.
00:30Menurut beliau, perayaan sepatutnya memberi kegembiraan yang lebih bermakna namun ia boleh berubah menjadi sekadar keseronokan berasaskan keinginan diri sekiranya
00:40terlalu menumpukan kepada aspek perbelanjaan dan kemewahan.
00:44Kampen pemasaran dan iklan yang giat dipromosikan di media sosial serta media masa sememangnya berorientasikan keuntungan namun pengguna perlu lebih
00:54sedar terhadap pengaruh psikologi yang dibawa oleh strategi tersebut.
00:58Aspek komodisial ini yang tidak terkawal ini boleh mengurangkan kemanisan dalam perayaan itu yang sebenarnya.
01:09Kita digalakkan untuk merasakan kegembiraan yang bermakna ataupun dalam psikologi kita sebut eudaimonic happiness.
01:19Tetapi kalau kita berlebihan dalam aspek perbelanjaan, dalam aspek makan minum, pakaian dan sebagainya mungkin ia akan menebalkan keseronokan yang
01:30berasaskan diri sendiri, egoistik hedonism.
01:34Jadi ia akan mehakis nilai keagamaan di dalam kita merayakan Aidilfitri sebagai contoh.
01:43Dalam masa yang sama, beliau tegaskan pengaruh media masa, trend semasa dan tekanan rakan sebaya boleh menyebabkan pemikiran masyarakat menjadi
01:52terpesong atau semakin jauh daripada makna sebenar perayaan.
01:56Jelasnya, tujuan utama ibadah sepanjang Ramadan adalah untuk melahirkan insan yang lebih bertakwa.
02:04Mungkin kefahaman ataupun pemikiran kita sama ada mungkin terpesong ataupun diluted ataupun cair disebabkan pengaruh-pengaruh persekitaran sama ada dari
02:17segi media masa
02:19ataupun trend-trend yang cuba dibawa oleh pem pengaruh dan juga rakan-rakan sebaya.
02:25Jadi pada saya, asalkan kita betul-betul faham apakah tujuan ibadah-ibadah dalam bulan Ramadan seperti yang selalu ustaz-ustazah
02:37-ustazah sebut dalam tazkirah Ramadan
02:40hasil ataupun outcome daripada ibadah puasa itu ialah taqwa.
02:44Jadi yang ini pada saya memang kita kena pegang kuat-kuatlah sebab taqwa itu kita buat benda yang Allah suruh
02:50dan juga secara inkasnya kan
02:52buat benda yang Allah suruh dan juga jangan buat benda yang Allah larang.
02:56Jadi kalau kita nak berhari raya, maka kita buatlah seiring dengan semangat taqwa tadi tu, seiring dengan apa yang kita
03:04cuba nak capai.
03:05Justru beliau melihat perlunya menukar pola pemikiran yang seimbang agar masyarakat tidak melihat Aidilfitri sebagai penamat kepada disiplin ibadah yang
03:15dibina sepanjang Ramadan.
03:16Masyarakat katanya harus menilai semula beberapa tradisi atau budaya yang mungkin tidak selari dengan nilai agama agar keseimbangan dalam sambutan
03:26dapat dikekalkan.
Comments