Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sambil merakamkan penghargaan kepada Malaysia, Indonesia dan Brunei atas solidariti mereka terhadap Iran. Hantaran di platform X itu turut mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel, serta mencerminkan usaha Tehran mengukuhkan sokongan serantau di tengah konflik Asia Barat.
Transcript
00:00Bertemu kembali kita beralih ke berita antarabangsa.
00:03Menteri Luar Iran Syed Abbas Araqci mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan merakamkan penghargaan kepada negara dan masyarakat di Asia
00:12Tenggara yang menunjukkan solidariti terhadap Iran.
00:14Dalam hantaran di PlatformX, beliau mengucapkan terima kasih kepada pemerintah serta masyarakat Islam dan pencinta keadilan di Indonesia, Malaysia dan
00:25Brunei yang lantang mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
00:30Menurut Araqci, sokongan tersebut dizahirkan khususnya ketika bulan Ramadan yang disifatkan sebagai tempoh mencabar bagi rakyat Iran susulan konflik yang
00:41sedang berlangsung.
00:41Beliau turut menegaskan bahawa solidariti antarabangsa khususnya dari negara-negara Asia Tenggara menjadi simbol sokongan terhadap perjuangan Iran dalam menghadapi
00:52tekanan geopolitik ketika ini.
00:54Hantaran itu dilihat mencerminkan usaha Tehran untuk mengukuhkan sokongan moral dan diplomatik daripada negara-negara majoriti Muslim di rantau ini
01:04di tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended