Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan ultimatum kepada Iran supaya membuka semula Selat Hormuz dalam tempoh 48 jam atau berdepan serangan ke atas loji tenaga negara itu. Tindakan ini mencerminkan peningkatan ketegangan konflik di Asia Barat yang turut memberi kesan kepada bekalan tenaga global dan harga minyak dunia.
Transcript
00:00Seterusnya, Presiden AS Donald Trump memberi amaran keras kepada Iran supaya membuka semula selat hormus dalam tempoh 48 jam atau
00:10berdepan serangan ke atas loji tenaga negara itu.
00:13Dalam kenyataan terbaru, Trump mengugut AS akan menghancurkan loji jana kuasa Iran sekiranya laluan strategik itu tidak dibuka sepenuhnya kepada
00:23trafik perkapalan global.
00:24Beliau menyatakan tindakan itu perlu bagi memastikan kebebasan pelayaran di selat hormus yang merupakan laluan utama kira-kira 1.5
00:34bekalan minyak dan gas dunia.
00:36Kata dia, tersebut dilihat sebagai peningkatan ketara dalam konflik yang sedang berlangsung antara AS, Israel dan Iran sejak akhir Februari
00:48lalu.
00:49Menurut laporan media antarabangsa, Iran bertindak menutup laluan berkenaan sebagai tindak balas terhadap serangan ketenteraan AS dan Israel sekaligus menjejaskan
01:00rantaian bekalan tenaga global dan menyebabkan harga minyak melonjak.
01:04Ketegangan ini turut mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik yang lebih besar di Asia Barat dengan kedua-dua pihak terus melancarkan
01:13serangan balas dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Recommended