Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Kadar air tidak berhasil yang tinggi akibat kebocoran, kecurian dan infrastruktur usang menjejaskan sistem bekalan air. Kerajaan komited kurangkan NRW melalui teknologi, dasar mampan dan sokongan rakyat sempena Hari Air Sedunia.
Transcript
00:00Dapatan pertama untuk jam ini adalah isu kehilangan air tidak berhasil atau NRW yang masih tinggi di beberapa negeri termasuk
00:08kebocoran pipe, kecurian air dan infrastruktur usang memberi kesan besar kepada kecekapan sistem bekalan air negara.
00:15Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha berterusan sedang digiatkan untuk menaik taraf sistem, memperkukuhkan pemantauan dan mengurangkan
00:25kadar NRW demi memastikan setiap titisan air sampai kepada rakyat.
00:32Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kerajaan komited memperkukuh dasar dan pelaksanaan dalam sektor air melalui
00:42pendekatan lebih mampan dan bersepadu.
00:44Ini termasuk pelaburan dalam teknologi pintar, pengurusan sumber air secara holistik serta kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan air negara
00:54sentiasa terjamin.
00:56Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Air Sedunia.
01:02Beliau berkata, Malaysia dikurniakan sumber air yang banyak namun cabaran pengurusan dan kelestariannya semakin kompleks seiring perubahan iklim dan pembangunan
01:13pesat.
01:13Justru Fadillah berkata, pelan hala tujuh transformasi air 2040, air 2040 juga menjadi pelanjang kepanjang Malaysia untuk memperbaiki pengurusan air
01:25negara, menjamin bekalan air bersih mencukupi dan menjadikan sektor air lebih modern dan mampan.
01:32Bagaimanapun, beliau berkata, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan rakyat dengan amalan penjimatan air perlu dijadikan budaya harian.
01:41Tema Hari Air Sedunia Peringkat Antarabangsa Tahun ini ialah Air dan Kesaksamaan Jenda yang menekankan keadilan, kesaksamaan dan peranan semua
01:52pihak tanpa mengira jantina dalam menjaga sumber air.
01:56Tema Peringkat Nasional pula iaitu air milik semua mengingatkan bahawa setiap individu berhak kepada sumber air yang bersih selamat dan
02:04mencukupi untuk kehidupan sejahtera.
Comments

Recommended