00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam untuk mengerahkan ejen penguatkuasaan imigresen dan kustom atau ICE ke lapangan terbang bermula Isnin
00:08sekiranya pihak Demokrat tidak meluluskan pembiayaan keselamatan lapangan terbang.
00:12Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata ejen ICE akan mengambil alih tugas keselamatan dan melaksanakannya dengan lebih berkesan.
00:19Menurutnya, langkah itu akan dilaksanakan jika isu pembiayaan keselamatan tidak diselesaikan segera di tengah-tengah penutupan sebahagian operasi kerajaan yang
00:28kini berlarutan lebih sebulan.
00:30Situasi itu menyebabkan kakitangan pentadbiran keselamatan pengukutan atau TSA berdepan kelewatan gaji, malah ada yang terpaksa mengambil cuti sakit sekaligus
00:39menjejaskan operasi dan menyebabkan gangguan perjalanan di beberapa lapangan terbang utama.
00:43Bagaimanapun, ejen ICE tidak dilatih khusus untuk mengendalikan keselamatan lapangan terbang yang merupakan bidang tugas TSA.
00:51Dalam masa sama, ICE terus menjadi tumpuan kritikan sesulan peranannya dalam operasi penguatkuasaan imigresen yang agresif di bawah pentadbiran Trump.
Comments