Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan segelintir pihak yang didakwa mempolitikkan isu kenaikan harga minyak ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik di asia barat.
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim memidas tindakan segelintir pihak yang didakwa mempolitikan isu kenaikan harga minyak ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat
00:08konflik di Asia Barat.
00:10Perdana Menteri berkata sepatutnya dalam situasi getir ini, semua pihak perlu sepakat bekerjasama mencari penyelesaian dan bukannya bertindak mendinjari serta
00:19mencari salah pihak tertentu.
00:22Perdana Menteri menjelaskan, meskipun berlaku peningkatan harga minyak di pasaran global, susulan gangguan bekalan akibat konflik di Asia Barat,
00:30harga bahan api negara masih berada pada paras terkawal termasuk RON95 yang kekal pada kadar RM1.99 selita.
00:51Ekonomi jatuh, minyak tersekat bukan salah kita. Ini masalah perang dunia. Masih ada lagi beberapa orang pangkang makihamun kita dalam
01:02keadaan sekarang.
01:04Ini dunia politik ini kadang tak terkawal. Patut semua pakat cari penyelesaian bagi rakyat risau.
01:12Kamu ada dana sedikit, bantu yang susah. Jadi sebab itu kita kena bekerjasama dan pakat.
01:19Perdana Menteri berkata keterjaminan bekalan minyak di Malaysia masih terkawal dan hasil semakan dengan Petronas mendapati bekalan produk petrolium negara
01:27mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini.
01:30Kerajaan, kata Anwar, memahami kebimbangan rakyat dan menegaskan pentadbirannya akan terus memantau perkembangan di Asia Barat
01:37serta merancang langkah untuk memastikan kepentingan rakyat serta negara terus terpelihara.
01:43Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Santai Akhir Ramadhan bersama pimpinan komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang
01:51Pasir, Bukit Merdajam pada Jumaat.
01:54Perdana Menteri sebelum itu meluangkan masa menunaikan solat Jumaat bersama Jumaat setempat di Masjid Jami Asyakirin, kampung pelet Permatang Pauh.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended