00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan lawatan rasmi ke China yang dijadualkan hujung bulan ini
00:09berikutan situasi peperangan yang melibatkan Iran.
00:12Trump berkata pihaknya telah meminta supaya lawatan yang dijadualkan antara 31 Mac hingga 2 April itu ditangguhkan kira-kira sebulan.
00:21Menurut Trump, keputusan itu dibuat kerana beliau merasakan keperluan untuk berada di Amerika Syarikat ketika konflik berkenaan sedang berlangsung.
00:29Trump menjelaskan permintaan penangguhan itu bukan disebabkan sebarang isu diplomatik, sebaliknya berkait rapat dengan keutamaan pentadbiran beliau dalam menguruskan situasi
00:39perang.
00:40Tambah beliau, penangguhan itu dijangka tidak akan mengambil masa lama dan lawatan tersebut berkemungkinan hanya ditunda sedikit sebelum dijadualkan semula.
Comments