Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Mohd Hadzmir Yusoff berkata peningkatan trafik dijangka bermula seawal Rabu (18 Mac), khususnya bagi pengguna yang bergerak ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Transcript
00:00Lembaga Lebuh Raya Malaysia LLM menjangkakan jumlah trafik mencecah 3.49 juta kenderaan di Lebuh Raya Utama dan Lebuh Raya
00:09Sambungan pada Hari Puncak Pergerakan Sempena Sambutan Aidilfitri.
00:14Ketua Pengarah LLM Mohd Hadzmir Yusof berkata peningkatan trafik dijangka bermula seawal Rabu khususnya bagi pengguna yang bergerak ke arah
00:23utara, selatan dan pantai timur.
00:27Dalam satu kenyataan, beliau berkata bagi Lebuh Raya Utama, pihaknya menjangkakan 2.30 juta kenderaan diikuti Lebuh Raya Persisiran Pantai
00:36Barat WCE 215,000, Lebuh Raya KL Karak 210,000, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 106,000 dan Lebuh
00:45Raya Pantai Timur Fasa 2 65,000.
00:48Sementara itu, bagi Lebuh Raya Sambungan, Lebuh Raya Duta Ulu Klang Duke diunjurkan mencatat 295,000 kenderaan, Lebuh Raya Kajang
00:57Seremban Lekas sebanyak 159,000 dan Lebuh Raya Kuala Lumpur Kuala Selangor Latar sebanyak 135,000 kenderaan.
01:06Sehubungan itu, semua syarikat konsesi diarah untuk memastikan tiada penutupan lorong, kecuali kecemasan, bermula Rabu hingga 30 Mac, pengaktifan 34
01:16lokasi laluan pintar di Lebuh Raya Plus,
01:18serta memastikan sistem kutipan tol beroperasi lancar dengan pelaksanaan kutipan berlapis di Plaza Toll Kritikal.
01:25Pemeriksaan operasi Lebuh Raya turut dipertingkatkan termasuk di kawasan rehat dan rawat RNR, serta hentian sebelah selain penyediaan 65 tandas
01:35mudah alih, jaminan bekalan air mencukupi, serta penambahan petugas dan parkir di lokasi terpilih.
01:41Pengguna Lebuh Raya turut dinasihatkan untuk merancang perjalanan menggunakan aplikasi tujuh dan travel time advisory TTA,
01:49memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, serta mempunyai baki mencukupi bagi transaksi tol melalui Tashengo, e-wallet atau kad debit.
Comments

Recommended