Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata berdasarkan rakaman CCTV, suspek dipercayai memukul, melempang, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa yang sedang terbaring menggunakan motosikal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis memburu seorang lelaki dipercayai memukul istrinya yang sedang hamil dalam kejadian di sebuah pusat karoke di Kota Syahbandar di
00:08Melaka ahad lalu.
00:10Ketua Polis Melaka Dato' Zulhairi Mukta berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada
00:191.17 pagi Isnin selepas mendapati anaknya berusia 20 tahun, tiada di rumah dan gagal dihubungi.
00:28Dalam satu kenyataan, beliau berkata pengadu mendapati pintu belakang rumah dipercayai dibuka secara paksa dan ibu mangsa kemudian menyemak rakaman
00:36kamera lita tertutup CCTV.
00:38Rakaman itu menunjukkan mangsa diperlakukan secara kasar oleh suspek yang juga suaminya berusia 22 tahun di pusat karoke berkenaan.
00:48Siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke hospital Melaka oleh ambulans pada 4.41 pagi selepas cedera dalam kejadian di pusat
00:57karoke dan menerima rawatan di zon merah.
00:59Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di kepala dan pipi kanan akibat dipukul.
01:05Mengulas lanjut berdasarkan rakaman CCTV, suspek dipercayai memukul, melempang, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa yang sedang terbaring menggunakan motosikal.
01:19Selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang ke rumah oleh ibunya, namun mangsa dipercayai telah keluar bersama anak lelakinya berusia 2
01:26tahun mengikut suspek.
01:28Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Comments

Recommended