Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pembinaan di kawasan tersebut tidak melibatkan sebarang pertikaian wilayah dan telah mendapat persetujuan daripada pihak Kemboja bagi menjamin keamanan penduduk yang tinggal di sepanjang garis sempadan sepanjang hampir 800 kilometer itu
Transcript
00:00Thailand akan memulakan pembinaan pagar di sebahagian wilayah yang bersempadan dengan Kemboja pada April ini.
00:06Langkah itu bagi memperkukuh keselamatan susulan insiden pertempuran maut yang berlaku antara kedua-dua negara tahun lalu.
00:16Juru cakap Angkatan Tentera di Raja Thailand, Wita Lai Thumia berkata,
00:20fasa pertama projek itu melibatkan pembinaan pagar sepanjang 1.31km di wilayah Chantaburi.
00:28Tegasnya pembinaan di kawasan tersebut tidak melibatkan sebarang pertikaian wilayah dan telah mendapat persetujuan daripada pihak Kemboja
00:37bagi menjamin keamanan penduduk yang tinggal di sepanjang garis sempadan sepanjang hampir 800km itu.
00:46Jelas Wita Lai Thumia bukan sekadar membina dinding fizikal tetapi juga bertujuan berikan ketenangan fikiran kepada penduduk yang tinggal di
00:56kawasan sempadan.
00:57Projek fasa pertama itu dijangka mengambil masa 45 hari untuk disiapkan selepas kawasan berkenaan,
01:05disahkan bebas periuk api dan dilengkapi kemudahan jalan berturap di bahagian Thailand.
01:10Projek itu turut mendapat sokongan Yayasan Hatai Tip milik Puteri Celabon Adinda Bongsu Raja Mahawajira Longkorn
01:20yang telah menyumbang sebanyak RM121 juta baht, kira-kira RM15.7 juta ringgit bagi membiayai fasa pemulihan tersebut.
01:30Dana berkenaan merupakan sebahagian daripada kutipan derma awam berjumlah lebih RM200 juta baht yang diterima Yayasan itu sejak akhir tahun
01:40lalu bagi menyokong inisiatif keselamatan negara.
01:44Pada peringkat seterusnya, tentera Thailand merancang membina dinding kekal serta pagar elektronik dilengkapi sensor dan kamera litar tertutup CCTV bagi
01:55membolehkan pemantauan berterusan 24 jam.
01:58Langkah itu dilihat sebagai strategi jangka panjang Bangkok untuk membendung sebarang pencerobohan dan mengurangkan ketegangan bersenjata di kawasan sempadan yang
02:09sering menjadi titik konflik sebelum ini.
Comments

Recommended